Peserta secara individu atau berkumpulan (MAKSIMUM 4 peserta setiap kumpulan)
Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia terutama kepada rakyat Negeri Terengganu.
Hanya SATU penyertaan bagi setiap peserta/kumpulan.
Para peserta perlu mendaftar penyertaan bersama VIDEO PENDEK berdurasi 1 minit di laman sesawang iic.innomap.my bermula pada 20 Julai 2020 sehingga 19 Ogos 2020.
Tajuk inovasi wajib mempunyai perkataan “Beca” bagi memudahkan urusan pencarian pihak urusetia di dalam sistem.
Syarat inovasi beca mestilah merangkumi aspek INOVATIF dan NORMA BAHARU.
Sebarang perubahan nama dan bilangan peserta harus dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari pertandingan kepada urusetia secara rasmi melalui emel iic@yim.my
10 Penyertaan yang terpilih adalah diwajibkan untuk mempamerkan replika/prototaip inovasi beca pada hari pertandingan.
Jawatankuasa Penganjur memelihara hak menerima atau menolak penyertaan pertandingan tanpa memberikan penjelasan.
Peraturan Pertandingan
Setiap peserta hendaklah membuat pendaftaran pada hari pertandingan mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.
Replika/prototaip inovasi yang terpilih akan dipamerkan untuk peserta membentangkan inovasi beca kepada panel penilai.
Peserta diberi masa selama 7 MINIT SAHAJA MEMBENTANGKAN INOVASI masing-masing di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan 3 MINIT UNTUK SESI SOAL JAWAB bersama Panel Penilai. Pihak panel berhak untuk mencelah/bertanya semasa sesi pembentangan inovasi.
Keputusan Panel Penilai adalah MUKTAMAD. Pihak penganjur berhak meminda/ menambah /menolak apa-apa peraturan atau syarat bagi tujuan kelancaran dan kelangsungan pertandingan ini.
Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab untuk mengurus,
mengangkut atau barangan peserta.
Para peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau ganti rugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.
Setiap peserta MESTI mengikut kod etika dengan berpakaian sopan serta kemas dan berkasut.